Hmmmm.....poster tu ape ek??!!?!! |
Dalam menyediakan poster, beberapa aspek perlu diambil perhatian supaya ia dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran yang efektif kepada pelajar. Antaranya adalah :
1) Poster tersebut mestilah menarik (Menggunakan warna yang terang & gambar yang jelas)
2) Ayat penerangan perlulah ringkas & padat (Tidak boleh mengandungi ayat penerangan yang panjang)
3) Dapat memberi penekanan pada bahagian/tajuk/subtajuk yang penting
4) Memaparkan grafik/gambar dan tulisan yang jelas
Apakah kelebihan menggunakan poster?
1) Ia dapat menarik minat pelajar/pelatih kerana mengandungi grafik berbanding menggunakan ayat penerangan semata-semata yang membosankan
2) Dapat menggunakan seberapa banyak deria pelajar/pelatih
3) Dapat menggerakkan minda pelajar/pelatih dalam menggunakan pemikiran kreatif
4) Bahan pengajaran bergrafik dapat diingati lebih lama
Berikut merupakan contoh poster yang telah disediakan oleh Kumpulan 6 :-
Contoh poster yang berwarna-warni, tulisan yang jelas & grafik yang menarik |
No comments:
Post a Comment