Ape tu Kaedah Pengajaran Berkumpulan?!!?! |
Berikut adalah jenis-jenis kaedah pengajaran berkumpulan :-
1. Kaedah Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Secara umumnya, penyelesaian
masalah adalah merupakan satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil
oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Berikut merupakan antara teknik-teknik penyelesaian masalah yang sering
diaplikasikan:-
- Abstraction –
menyelesaikan dengan menggunakan model sebelum mengaplikasikan kepada
sistem sebenar
- Analogy – cara perbandingan
- Lateral thinking – pemikiran kreatif bagi mencipta idea baru
- Hypothesis testing – kesimpulan/tanggapan awal
- Means-end analysis – Analisis yang tertumpu kepada hasil akhir
- Morphological analysis - menilai output dan interaksi seluruh sistem
- Reduction - mengubah masalah ke dalam masalah lain yang
mana penyelesaian wujud
- Research - menggunakan idea-idea yang sedia ada atau
menyesuaikan penyelesaian yang sedia ada untuk masalah yang sama
- Brainstorming - Percambahan idea
2. Kaedah Percambahan Idea (Brainstorming)
Percambahan idea akan dilakukan ketika proses
kreatif terbantut (masalah takut, kritikan dan tidak ada penyelesaian), Idea
seorang individu mempunyai kapasiti yang terhad dan apabila satu individu tidak
yakin dengan idea yang diberi.
Sebelum memulakan
‘brainstorming’ adalah penting untuk ditentukan apakah topik yang hendak
dibincangkan. Walau bagaimanapun adalah penting untuk ditentukan dengan tepat
dan jelas topik yang akan di bincangkan.
Teknik
akan lebih berkesan jika ianya dilakukan dengan tertib dan mengikut
peraturan-peraturan yang tertentu. Ketua kumpulan atau pengerusi akan memberi
taklimat atau panduan kepada ahli-ahli sebelum sesi dimulakan. Tiap-tiap ahli,
secara bergilir-gilir akan diminta mengeluarkan pendapat dan sebarang komen
amatlah tidak digalakkan. Ini dilakukan sehingga tidak ada lagi pendapat yang
hendak diutarakan. Tentukan masa yang akan diambil untuk bercambah fikiran
misalnya 15 minit.
Tiap-tiap
ahli hanya akan memberi satu sahaja pendapat/idea dalam satu pusingan tidak
kira berapa banyak idea yang ada padanya. Proses ini diulang untuk mendapat seberapa
banyak idea yang boleh Jika ada diantara ahli yang tidak mempunyai idea apabila
sampai kepada pusingannya, ianya akan berkata ‘Pass’. Tiap-tiap idea yang diberikan hendaklah dicatatkan sama ada
diatas papan hitam/putih atau ‘flip-chart’ atau dicatatkan oleh seorang
setiausaha.
Tidak
ada idea yang akan dianggap sebagai pendapat “bodoh”. Mengkritik dan
merendahkan pendapat seseorang akan membunuh kreativiti ahli-ahli. Bagi
setengah ahli, mungkin ini kali pertama mereka bercakap dalam ‘courage’ untuk memulakannya. Berilah
galakan dan mendengar dengan penuh minat terhadap idea-idea mereka akan
memberangsang dan menggalakkan mereka. Keadaan yang tidak formal yang
diselitkan dengan senda gurau yang berpatutan akan menggalakkan aktiviti yang
“inovatif”.
Ketua kumpulan akan menggunakan kepintarannya untuk
memendekkan/menyimpulkan idea yang panjang/meleret tetapi mestilah dipersetujui
oleh ahli yang memberi pendapat.
3. Kaedah Perbincangan Panel (Panel Discussion)
Perbincangan Panel adalah sejenis perbincangan di mana
beberapa orang (panel) menjalankan perbualan di hadapan penonton apabila
kumpulan itu terlalu besar. Perbincangan panel sering dilihat di televisyen
seperti Forum Perdana, Selamat Pagi Malaysia, Nona dan banyak lagi.
Ahli-ahli
perbincangan panel terdiri daripada :-
a. Penganjur
b. Moderator
c. Ahli-ahli panel
d. Penonton
Sebelum sesi perbincangan bermula, dapatkan biodata
ahli-ahli panel. Seterusnya, cari maklumat tentang tajuk forum dan hayatinya.
Tentukan peruntukan masa untuk setiap ahli panel. Sediakan soalan-soalan
perbincangan yang bermutu dan menepati tajuk. Kenal pasti juga kepakaran ahli-ahli
panel supaya soalan yang ditujukan sesuai dengan kepakaran mereka.
Semasa sesi
perbincangan panel, ambil alih majlis daripada juruacara dan ucapkan kata-kata
aluan kepada peserta forum dan penonton. Huraikan tajuk forum dan perkenalkan ahli
forum dari segi biodata peribadi. Terangkan syarat-syarat dan
peraturan-peraturan seperti peruntukan masa untuk sesi pembentangan dan
soal-jawab kepada ahli panel dan penonton. Bersoal-jawab dengan ahli panel
pertama tentang maksud tajuk perbincangan dan kawal perbincangan supaya tidak
menyelewang. Soalan yang bernas perlulah dikemukakan untuk mendapatkan tindak
balas yang tepat dan sesuai.
Setelah
selesai perbincangan, galakkan penonton mengemukakan soalan dan pendapat.
Rumuskan forum dengan menggunakan isi-isi penting yang didapati dari sesi
perbincangan. Sampaikan ucapan penutup, rakamkan penghargaan dan memohon maaf.
Serahkan semula majlis kepada juruacara.
4. Kaedah Kerja Berkumpulan (Committee Work)
Kerja berkumpulan adalah individu
yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Ahli-ahli mungkin tidak mempunyai
matlamat yang sama tetapi tekad mahu menyiapkan kerja masing-masing dan
menjayakannya.
Berikut merupakan ciri-ciri utama bagi kerja berkumpulan:-
a. Mempunyai tajuk, masalah dan
objektif yang ingin dicapai
b. Menubuhkan Jawatankuasa yang
mengandungi 4-12 ahli
c. Setiap keputusan dibuat
berdasarkan perbincangan
d. Setiap individu dianggap penting
e. Setiap individu bebas menggunakan
kreativiti, kemahiran dan pengetahuan untuk menyelesaikan dan menyiapkan tugas
masing-masing
f. Ketua perlu mengenali ahli-ahli
secara dekat
g. Ketua perlu wujudkan hubungan dan
kerjasama melalui pertemuan dan perbincangan yang kerap
h. Saling
memahami peranan dan tugas masing-masing
Kesimpulan :-
Kesimpulannya, keempat-empat kaedah yang telah dibincangkan iaitu Penyelesaian Masalah (Problem Solving), Percambahan Fikiran (Brainstorming), Perbincangan Panel (Panel Discussion) dan Kerja Berkumpulan (Committee Work) merupakan antara teknik-teknik kemahiran berfikir secara kritis & kreatif.
Teknik-teknik atau kaedah-kaedah ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan individu untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Selain itu juga, kemahiran dan keupayaan meningkatkan pemikiran ini dapat membantu individu dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment